Kelas Ms Excel (Pengenalan & Asas Rekod Perniagaan)

24 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 23 Jun 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Excel bermula pada jam 2.00 hingga 5.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Excel. Selain itu,kelas ini merupakan sesi ulangan kelas bagi peserta yang pernah menyertai kelas Ms Excel terdahulu.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Excel. Kemudian,peserta diminta menyediakan rekod perniagaan dan mengira jumlah hasil jualan setiap hari sepanjang minggu menggunakan excel. Peserta diajar membuat border, mengubah size lajur, membuat jadual rekod perniagaan mengikut contoh diberikan. Akhir sekali,peserta mengira dengan memasukkan formula di dalam cell serta cara mudah dengan menggunakan autoformula yg sedia ada.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali